Kisah Tinta , Pena
dan kertas
Imam Ghazali mengisahkan tentang kertas putih, tinta, pena,
dan jejari tangan.
Siapakah yang menggerakkannya seshingga kertas yang putih
bersih itu menjadi comot dengan contengan tulisan.
Ketika kertas
dipersalahkan kerana dirinya menjadi comot oleh tulisan- tulisan, kertas pun
menyalahkan tinta atau dakwa yang mengotorkan.
Tetapi dakwat
segera menjawab: “ Aku duduk bersenang –senang di dalam rumah ku (botol), tiba-
tiba pena mencecah- cecah aku dan merosakkan aku. Penalah yang merosakkan aku.
Penalah yang merosakkan dan mencomotkan kertas putih itu”.
Pena pula
menjawab: “ Aku hanya dari sebatang buluh di pinggir sungai, tiba – tiba
jari-jari tangan manusia memotong- motong dan menyiat – nyiat kulitku dengan
pisau. Tanyalah jejari tangn manusia itu, mengapa ia berbuat demikian?”
Jejari tangan
pula menjawab :” Aku hanya dari paduan daging dan tulang. Aku tidak berupaya
untuk menentang kudrah. Kudrahlah yang menggerakkan aku berbuat demikian”.
Kemudian angan
pula turut campur dan berkata :”Berhentilah caci- mencaci itu kerana ramai
manusia yang mencaci orang, kemudiannya ia sendiri dicaci orang. Dalam hal ini,
aku tidak dapat menolak kudrah dan iradah”.
Ketika ditanya
mengapakah engkau memaksa tangan, iradah pula menjawab:”Jangan menuduh aku! Ak
tidak bergerak sendiri. Aku dibangkitkan dengan hokum dan perintah yang tidak
dapat dibantah“.
Demikianlah contoh tentang kekuasaan , kudrah dan iradah Allah
S.W.T yang meliputi semua bidang dan aspek daripada yang kecil kepada yang
sebesar- besarnya, ia tidak dapat dipersoal oleh sesiapa pun. J
Kisah Ilmu, Akal dan
Hati
Akal berkata, “ Aku adalah ibarat
lampu, Aku idak menyala dengan sendirinya kecuali ada yang menyalakannya”.
Hati pula
berkata, “ Aku hanya laksana papan tulis untuk orang menulis, dan aku tidak
terhampar dengan sendirinya. Ada yang menghamparkan aku.”
Akhirnya ilmu pula
berkata “ Aku hanya sebuah ukiran. Aku diukir diatas papan tulisan tadi.”
Pena yang menulis itu
juga di dalam genggaman kekuasaan Allah
S.W.T. Kudrah-Nyalah yang menggerakkan pena itu menulis.
Kesimpulan dari kedua- dua kisah tersebut, firman Allah
dalam surah al- Anbiya’ ayat 23 : Maksudnya: “Ia tidak boleh ditanya tentang
apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak”.
#MembinaSemangatPositif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan