Isnin, 30 Disember 2013

Membina Semangat Positif

Kisah Tinta , Pena dan kertas

Imam Ghazali mengisahkan tentang kertas putih, tinta, pena, dan jejari tangan.
Siapakah yang menggerakkannya seshingga kertas yang putih bersih itu menjadi comot dengan contengan tulisan.
         Ketika kertas dipersalahkan kerana dirinya menjadi comot oleh tulisan- tulisan, kertas pun menyalahkan tinta atau dakwa yang mengotorkan.
         Tetapi dakwat segera menjawab: “ Aku duduk bersenang –senang di dalam rumah ku (botol), tiba- tiba pena mencecah- cecah aku dan merosakkan aku. Penalah yang merosakkan aku. Penalah yang merosakkan dan mencomotkan kertas putih itu”.
       Pena pula menjawab: “ Aku hanya dari sebatang buluh di pinggir sungai, tiba – tiba jari-jari tangan manusia memotong- motong dan menyiat – nyiat kulitku dengan pisau. Tanyalah jejari tangn manusia itu, mengapa ia berbuat demikian?”
       Jejari tangan pula menjawab :” Aku hanya dari paduan daging dan tulang. Aku tidak berupaya untuk menentang kudrah. Kudrahlah yang menggerakkan aku berbuat demikian”.
       Kemudian angan pula turut campur dan berkata :”Berhentilah caci- mencaci itu kerana ramai manusia yang mencaci orang, kemudiannya ia sendiri dicaci orang. Dalam hal ini, aku tidak dapat menolak kudrah dan iradah”.
        Ketika ditanya mengapakah engkau memaksa tangan, iradah pula menjawab:”Jangan menuduh aku! Ak tidak bergerak sendiri. Aku dibangkitkan dengan hokum dan perintah yang tidak dapat dibantah“.
Demikianlah contoh tentang kekuasaan , kudrah dan iradah Allah S.W.T yang meliputi semua bidang dan aspek daripada yang kecil kepada yang sebesar- besarnya, ia tidak dapat dipersoal oleh sesiapa pun. J

Kisah Ilmu, Akal dan Hati
         Akal berkata, “ Aku adalah ibarat lampu, Aku idak menyala dengan sendirinya kecuali ada yang menyalakannya”.
        Hati pula berkata, “ Aku hanya laksana papan tulis untuk orang menulis, dan aku tidak terhampar dengan sendirinya. Ada yang menghamparkan aku.”
        Akhirnya ilmu pula berkata “ Aku hanya sebuah ukiran. Aku diukir diatas papan tulisan tadi.”
Pena yang  menulis itu juga di dalam genggaman kekuasaan Allah  S.W.T. Kudrah-Nyalah yang menggerakkan pena itu menulis.
Kesimpulan dari kedua- dua kisah tersebut, firman Allah dalam surah al- Anbiya’ ayat 23 : Maksudnya: “Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak”.


#MembinaSemangatPositif

LOVESICK


Kalau kita Sayang seseorang tu,,
Mestilah kita nak bawa dia sama-sama masuk syurga,,
Takkan lah kalau kita sayang orang tu kita nak bawa dia masuk neraka kan?=’)

Menjadi cinta pertama memang hebat,
Tapi yang menjadi cinta terakhir tu lagi hebat,=’)

Cinta Monyet VS. Cinta Sejati?

Kadang-kadang aku rasa aku ni macam playgirl je,, hahaha,, XD
Cinta monyet banyak berlaku dalam hidup aku,,
Setakat bercinta seminggu je tak perlu kecoh kn?,, haha

CINTA MONYET :-
1) tak serius
2) tak de niat nak jadikan isteri/ suami.
3) sekadar untuk teman bila sunyi
4) tinggalkan si dia bila bosan dengan perangainya.
5) mudah suka si dia n mudah takda perasaan kat dia.
Lagi apa?

CINTA SEJATI:-
1) serius
2) sanggup jumpa ibu bapa.
3) setia
4) tak pandang orang lain walaupun orang lain lagi cantik/kacak .
5) cinta yang datang bukan sekadar dari paras rupanya

Tapi kalau kita cinta mati kat seseorang tu pun,, kalau kita tak ada jodoh dengan dia,, tetap tak bersama jugak,, kita hanya merancang, tuhan yang menetukan..

“dah sayang jangan sayang sangat, nanti diri sendiri merana’’





Pisang tak akan berbuah dua kali?

Peribahasa ni selalu anda dengar kan?,, 
tapi apa yang saya nak cerita bukan mengenai maksud peribaha
sa tersebut..
Perkara ni jadi lebih kurang 4 atau 5 tahun dulu,, kat rumah saya ada pokok pisang yang ditanam kat belakang rumah,, mase tu arwah mak saya ada lagi,,
Terkejut,, !!
Terkejut bila tengok setandan pisang tumbuh kat batang pokok pisang tu,, (agak bawah jugak),, saya sempat jugak ambil gambar tu,, padahal pokok pisang tu da tumbuh pisang da sebelum ni,, ==’?
Tapi malangnya saya dah padam,, T.T
Aigoo~ percaya atau  tak???