Assalamualaikum semua, harini aku nak share pengalaman buat MRI untuk Lumbar Spine ( tulang belakang) di Sunway velocity medical centre.
Sepatutnya aku punya MRI di HKL tapi hari jumaat lepas aku dapat call dari HKL yang aku kena transfer scan MRI kat Sunway velocity, perasaan sebelum kena scan MRI ni memang tak senang duduk dibuatnya. Mana taknya , kita ni jenis suka baca pengalaman orang kat blog - blog ni.
Nak dijadikan cerita, mula2 aku tunggu transport khas dari Sunway tu jemput aku kat HKL sebab husband ada hal pulak. Masa ni sepatutnya aku dtg sebelum pukul 8.30pg, tapi aku terbabas sikit maklum lah ada anak kecik. Pergi sorang2 je , anak tinggal sekejap dengan Maksu nya.
Lepas dah sampai kat Sunway tu macam biasa lah kena daftar semua, lepastu aku diberitahu turn aku dalam 1 jam setengah lagi ( dlm pukul 10.30 pg) dah kena panggil, untuk tukar baju khas. Aku pakai stokin sbb sejuk + hilangkan nervous sikit. Dah masuk bilik MRI tu aku diarah kan untuk buka spec & tudung, tapi aku minta izin nak pakai tudung juga sebab aku pakai tudung sarung je yang tak ada pin tu. Sebab kalau ada pin /metal kat badan masa MRI, nanti jadi panas.Nasib baik doktor bagi pakai tudung sarung.
Lepas tu baring lah atas benda tu , disediakan selimut yang hangat, best sangat suasana dia, terang je, tak gelap pun, pastu kena pakai earphone untuk taknak bagi dengar sangat bunyi 'bertukang' tu nanti, doktor arahkan untuk jangan bergerak langsung untuk tempoh 20minit-40minit sebab kalau kita gerak , mesin yang dah scan badan kita tu akan berubah kedudukan lah, so kena buat balik. So aku kuatkan diri untuk tak gerak langsung dalam tu.
Masa dah baring, pakai selimut, pakai earphone( ada lagu beb, lagu jiwang pulak tu) hahah, lepastu diberi button khas untuk kecemasan kalau tiba2 kita sakit dada or whatsoever. Then doktor bagitahu dia nak start dah. Lepastu masuk lah dalam lubang tu, bagi aku tak lah sempit mana , entah lah , aku selesa je duduk dalam tu. Lepastu tu hamekkkk. Start dah bunyi menukang tu ( lagi kuat dari ko volume up paling kuat earphone) walaupun dah pakai earphone, can u imagine??
Lepastu aku tutup mata lah dalam tu, dengarkan je bunyi kuat tu ( bunyi yg kuat + sekata) . Dan2 tutup mata tu boleh pulak aku nak terlelap dua tiga kali. Hahah ( boleh je kalau nak tidur sebenarnya).
Pastu tunggu lah around 20 minit dalam tu, aku tak rasa lama duduk dalam tu sebab aku tak buat hal (gerak2). Tiba2 je doktor panggil kata dah siap.
Alhamdulillah berjalan lancar. Harap2 keputusan nya baik2 saja, doakan aku ye.
Then malam tadi aku gtl2 satu badan, mungkin side effect kot. Tapi bangun pagi tadi okey dah tak gatal.
Oh ya sebelum buat MRI ni, aku kena makan ubat sebab aku ada elergi seafood.
Sebelum MRI tu kena rajinkan diri banyak membaca apa yang boleh & tak boleh & always get ready ye. Goodluck yang nak MRI tu.
Okey itu sahaja, terima kasih yang sudi baca coretan ini.